Beberapa hari yang Lepas patik ada membuat posting berkenaan Kabinet Baru. Di dalamnya patik ada mengatakan “patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu…..manalah tahu fesyen lama itu akan kembali trending”.

Yes! ramalan patik benar belaka. Blouse lama telah trending semula. Tak faham ye? Sila baca Kabinet Baru. Baca disini.

Lihatlah saja di majlis-majlis rumah terbuka raya sehari dua ni, baju-baju kurung dan blouse lama dari tahun-tahun lepas mula dipakai semula ke majlis-majlis tersebut. Mana tidaknya, baju raya tahun ni samada dah dihantar dry cleaning belum diambil semula. Atau disebabkan terbeli baju raya saiz ‘bulan ramadhan’ dan kita pula dah masuk dua minggu Syawal. Jadi badan kita pun dah kembali ke saiz asal. Ketatlah pulak baju raya tu. Mau tidak mau, recycle saja lah baju dan blouse lama tu.  Patik sendiri memakai kembali koleksi bjau-baju 10 tahun ynag lepas ke majlis rumah-rumah terbuka.

Untitled

Koleksi baju patik 3 tahun lepas.

Untitled1

Recycle baju patik 10 tahun yang lalu

Senang nak jadi trending bukan?

Bercakap berkenaan blouse lama ni, kali ini patik teringat pula kepada seorang lagi nama besar dari Johor. Bukan patik nak bercerita berkenaan Tan Sri Zeti lagi…cukuplah beliau saja yang patik labelkan “Lembut mu cukup jantan”. Baca sini. Tapi patik rasakan mungkin label ini juga tepat kepada nama besar yang seorang lagi ni.

Baru-baru ini nama Dato’ Seri Azalina Othman Said trending di dalam media. Sporting nya beliau, sehinggakan beliau boleh rapping bersama-sama Joe Flizzow di atas pentas. Kalau nak menarik minat orang muda, seharusnyalah mengikut rentak mereka. Hip-hop kan. Hhmm mungkin..

Apa pun patik tidak berminat untuk bercerita isu-isu viral tersebut. Apa yang patik mahu bercerita berkenaan beliau ialah “ personality style” beliau. Di dalam ilmu personal styling yang patik menuntut sampai ke England tu, patik boleh bahagikan jenis personaliti individu kepada 4 kategori utama dan antaranya adalah personaliti Natural atau Sporty. Beliau ini boleh patik kategorikan kepada seorang yang mempunyai personaliti Natural.

 

Apakah ciri-ciri beliau yang menyebabkan patik katakan beliau ini seorang natural?

  1. Tidak gemar dengan solekan. Kalau bersolek pun, mungkin hanya sekadar bedak dan lip balm Patik ada perasan beliau mungkin terpaksa bersolek semasa profil photoshoot sahaja, macam gambar di bawah. Wah nampak lebih muda, segar dan bertenaga jika bersolek kan.

 

3

(Gambar: Google)

4

Lebih selesa tanpa solekan dan gaya ringkas.

(Gambar: Google)

  1. Gemar kepada warna-warna yang gelap dan natural seperti hitam, putih, cream, kelabu, navy blue, brown.
  2. Lebih cenderung memakai sesuatu yang beri keselesaan seperti pakaian daripada fabrik kapas, menyarung sandal/flat shoe/sports shoes di kaki (kurang suka bertumit tinggi)
  3. Gaya rambut yang sangat simple, which do not require high maintenance.

 

Dan ada banyak lagi ciri-cirinya.. Mengikut observation patik sangat ramai golongan wanita dan lelaki yang berpesonaliti Natural ini.

Jika pembaca nak tahu lebih lanjut boleh menyertai kursus / bengkel anjuran patik. Terdapat sesi analisa personaliti yang bakal mendedahkan tabiat dan kecenderungan gaya/stail seseorang berpandukan gayahidup, kerjaya dan taste dalam berpakaian. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Perlu ambil tahu ke? Yes! kerana setelah kita mengenali personaliti diri, barulah kita boleh membuat adjustment kepada koleksi pakaian sediaada seterusnya memberi kita clue pakaian yang patut kita beli selepas ini mengikut sasaran kerjaya dan potensi diri kita.

Sebelum patik akhiri kalam kali ini, patik ucapkan tahniah kepada beliau yang dilantik sebagai Menteri di JPM. Ianya bukan suatu tugas yang mudah (patik sendiri tak berminat nak menjadi Ahli Politik, tambah pening kepala patik saja).

Kalau patik diberikan tanggungjawab tersebut, patik hanya tau buat satu perkara sahaja…iaitu menasihatkan kesemua ahli parlimen untuk memperbaiki their “Image ABC”atau dalam bahasa Malaysia “Imej 3K”

 

Kalau nak tau apa itu “Image ABC”…carilah patik ya..

Till next posting.

5

Farah Fauzana antara selebriti yang sering tampil natural. Sukakan denim.

(Sumber:google)

lisa-surihani-ROTIKAYA

Si natural; Lisa Surihani seorang yang simple di luar set. She looks very comfortable in her own skin.(Sumber:google)

jr

Kebanyakan personaliti natural nampak lebih mesra seperti si manis Julia Roberts

P/s: Patik sendiri mempunyai personaliti Classic Elegant & Dramatic.

 

admin

Author admin

More posts by admin

Join the discussion 1,102 Comments