Assalamualaikum semua..

Soalan favourite daripada peserta seminar dan rakan-rakan.  “Wawa pakai lipstic brand apa ye?”  Rata-rata gemarkan solekan patik yang simple & natural tetapi berseri. (perasan kejap)..

Okaylah, enrty kali ini patik kongsikan 4 koleksi warna lipstick yang sering patik pakai.

Patik sukakan solekan yang natural lebih-lebih di bahagian bibir.  Antara jenama kegemaran patik adalah MAC yang boleh didapati di kebanyakan shopping complex seperti KLCC, Pavllion, Mid Valley dan sebagainya.  Kebanyakannya nude colours.

1.) Honey love – MAC (RM70+) – This is a must have colour in my collections.  Kalau pakai memang nampak agak pucat, tetapi jika diletakkan sedikit blusher di pipi, maka keseluruhan wajah akan nampak seimbang.  Tekstur jenis matte (kering), boleh tambahkan lip gloss jika nak nampak sedikit lembab.  Tapi patik slalu pakai without a lip gloss.

large_Cusp_of_Dawn

Honey Love

2.)Soft Pout-MAC (RM90+) – Yang ini warnanya lebih kurang sama dengan Honey Love cuma ianya jenis glossy sedikit. Jika pakai nampak lebih seksi.

 

Soft Pout

Soft Pout

3.) Kinda Sexy-Mac- warna ini baru sahaja masuk di dalam koleksi patik setelah diperkenalkan oleh make artist Bunga.  Rona pucat tetapi agak sedikit pink.  Patik memakai warna ini semasa event Evening Beauty Rysya bersama Che Ta baru-baru ini.

Kinda Sexy

Kinda Sexy

4.) Diva-Mac -Diva (R70+) ini warna merah hati, patik jarang memakai di keseluruhan bibir kecuali waktu tertentu yang patik mahukan kelainan, tampil agak seksi dan bold.  Oh ya,patik tidak pakai warna ini sewaktu mengendalikan seminar. Entahlah, patik rasa kurang selesa apabila orang memelihat bibir patik je 🙂

Our professionalism must speaks louder than our make up.

Diva

Diva

Patik beri sedikit tips ya.  Selalunya patik campur 2 warna pada satu masa .  Pertama patik akan memakai base colour samada Honey Love atau Soft Pout di keseluruhan bibir. Kemudian patik apply Diva ditengah bibir untuk nampak kesan 3 Dimensi.  Cubalah, bibr nampak natural gitu.

I always mention this statement in my class, “It takes make up for me to look natural.”

Ini patik kongsikan gambar patik pula..

 

11754248_721345244678498_5026342081085833179_n

The pale Honey Love plus the red Diva

 

Honey Love look

Honey Love look

Moldiv_1443867593604

Kinda Sexy look

The deep  red Diva

The deep red Diva

So, these are my on-the-go lipstics and normally I can just apply without mirror 🙂

Dah dapat idea? Mungkin tidak semua warna ini yang sesuai dengan rona kulit anda.  Kena cuba dan lihat ya..  Entry akan datang patik kongsikan koleksi eyeshadow pula.. 🙂 Jika mahu, beri feedback di ruangan komen supaya lebih bersemangat patik untuk berkongsi nanti 🙂

Till Next Posting

-Wawa Idris ; Perunding Imej

 

Wawa Idris

Author Wawa Idris

More posts by Wawa Idris

Join the discussion 1,012 Comments