Assalamualaikum..

Patik sering mendapat soalan tentang gaya penampilan yang perlu dibawa untuk ke sesebuah majlis. Ramai individu yang takut untuk bergaya kerana takut tidak kena tempat atau pun terlalu “over” berbanding orang lain. Di sini patik nak konsgi panduan yang dipanggil T.O.P supaya anda meletop dalam setiap penampilan.

Teknik T.O.P terbahagi kepada tiga aspek iaitu T untuk Time (Masa), O untuk Occasion (Majlis) dan akhir sekali ialah P untuk Place (Tempat). Ketiga tiga ini adalah antara aspek penting yang perlu diambil kira ketika memilih pakaian supaya anda nampak bergaya dan “fit in”.

12651273_812735128872842_7596247471011394777_n

1. T – Time (Masa)

Semasa memilih busana yang hendak di pakai ke sesuatu majlis, anda mesti lah lihat pada masa majlis tersebut sama ada pagi, petang atau malam. Contohnya jika majlis minum petang atau hi-tea, lebih sesuai jika anda mengenakan gaya smart casual. Smart casual bermaksud gaya yang santai namun masih ada class dan nampak kemas. Jangan pula terlalu santai sehingga menampakkan seperti anda tidak bersiap.

Untuk majlis yang diadakan pada sebelah malam, adalah lebih sesuai jika anda menggayakan pakaian atau perhiasan yang sedikit glamour untuk menaikkan lagi seri pada malam tersebut. Tidak perlu untuk memakai pakaian atau perhiasan yang sarat pada masa yang sama, anda boleh memilih untuk menggayakan antara mana yang perlu dijadikan “focal point” anda pada malam tersebut.

Tidak semestinya anda perlu membeli baju baru untuk semua acara yang berlainan masanya. Anda boleh juga menggunakan teknik mix & match untuk mengurangkan bajet namun masih tampak stailo!

Contoh mix and match yang boleh digunakan sepanjang hari (Sumber: Google Image)

Contoh mix and match yang boleh digunakan (Sumber: Google Image)

2. O – Occasion (Majlis)

Majlis yang bakal dihadiri adalah aspek yang paling penting semasa meilih sesuatu busana. Contohnya, jika anda menghadiri majlis perkahwinan, elakkan memakai pakaian yang menjolok mata kerana ianya tidak bersesuaian untuk berkumpul dengan keluarga atau kawan lama dengan menggayakan gaya tersebut ataupun elakkan memakai gown gown besar untuk mengelakkan anda menjadi “pengantin” pada hari tersebut.

Dengan menggunakan tips ini, anda dapat mengelakkan dari kelihatan “over dressed” pada hari majlis tersebut.  Namun, anda juga perlu “alert” jika sesebuah majlis itu mempunyai tema pakaian tersendiri supaya anda tidak kelihatan janggal kerana tidak mengikut tema majlis.

Selain itu jika majlis itu adalah majlis makan malam bersama para korporat, lebih sesuai jika anda memakai gaya business casual. Ini supaya anda tidak kelihatan “overdressed” mahupun “underdressed”.

Sesi breakfast bersama Peniagawati dengan penampilan fomal & smart casual

Sesi breakfast bersama Peniagawati dengan penampilan fomal & smart casual

3. P – Place (Tempat)

Tempat juga perlu diambil kira bagi ketika memilih busana atau gaya untuk ke suatu majlis. Contohnya jika anda hadiri majlis yang bertempat di tempat yang agak terik dengan matahari, boleh elakkan memakai suits untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa. Jika anda ingin menggunakan teknik ‘layering’ pakai lah sports jacket atau cardigan utk wanita kerana texture dan materialnya lebih sesuai dengan cuaca tersebut.

Tips ini tidak semestinya hanya boleh digunakan jika anda mahu menghadiri majlis. Namun boleh juga dipratikkan ketika anda mahu ke pusat membeli belah atau beriadah bersama keluarga. Cuba lah untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti anda supaya anda merasa selesa untuk bergaya tidak kira tempat.

Perbezaan antara suits dan sports jacket (Sumber: Google Image)

Perbezaan antara suits dan sports jacket (Sumber: Google Image)

Nasihat patik, jangan takut untuk bergaya kerana dengan bergaya anda akan menjadi lebih yakin dengan diri. Maka setiap kali sebelum memilih baju untuk dipakai, sila fikir TOP ini ya. Selamat mencuba!

Wawa Idris; Si Perunding Imej

Wow Attitude Wow Attire

Instagram : wawaidris_imejpatik

admin

Author admin

More posts by admin

Join the discussion 3 Comments

Leave a Reply