Gerakan tambah pendapatan dan pahala (InsyaAllah) dengan ‘letgo’ baju lama.

Ahli Facebook Group Urus Imej with Wawa nak mulakan letgo baju – baju yang dah tak muat atau rosak setiap hari Jumaat.

Ada yang nak jual, ada pula yang nak sedekah. Saya cadang hendak jual baju saya serendah seringgit. Sekurang – kurangnya baju itu pergi kepada orang yang berminat dan berusaha nak dapatkan baju itu.

Jumaat ini saya hendak keluarkan 5 helai baju dari almari untuk saya jual dalam aplikasi Carausell. Jika nak sedekah baju itu pada sesiapa pun boleh.

Siapa yang nak sertai projek detox almari setiap Jumaat, ini caranya:-

1. Buka pintu almari kita yang telah sarat itu.

2. Fokus pada baju yang tidak muat / rosak.

3. Jika hendak sedekah, terus letak dalam plastik. Jika mahu jual, buka akaun di carausell, tangkap gambar baju lalu upload pakaian di situ.

4. Jika tak pasti nak jual atau nak derma, simpan sahaja dulu dalam kotak berstatus MAYBE.

Hendak mulakan dengan sehelai dulu pun boleh. A journey begins with small steps.

Wawa Idris
#Superwoman

admin

Author admin

More posts by admin

Leave a Reply