Ini soalan yang sering ditanya kepada saya sebagai perunding imej semasa kendalikan slot corporate grooming.
Kebanyakan orang memakai jam tangan di pergelangan tangan kiri mereka, namun ada juga yang memakainya di sebelah kanan. Anda mungkin pernah mendengar pendapat bahawa lelaki harus memakai jam tangan di sebelah kiri manakala wanita harus memakai di sebelah kanan.

Jom kita lihat dari segi sejarah. Lelaki menggunakan jam tangan poket sehingga awal abad ke-20, hanya wanita menggunakan jam tangan. Jam tangan poket menjadi popular semasa peperangan, kerana mereka berguna untuk menyelaraskan kegiatan ketenteraan. Penggunaan jam tangan poket pada masa itu adalah untuk mengelakkan daripada risiko kerosakan apabila jam dipakai ditangan. Oleh sebab ini, pemakaian jam tangan lebih cenderung untuk dipakai di sebelah kiri dengan tujuan melindungi jam tangan mereka dari kerosakan apabila ia dipakai pada tangan yang kurang dominan pemakai.

Dalam sesetengah keadaan wanita menggunakan jam tangan lebih seperti aksesori fesyen, jadi ini mungkin sebabnya mereka memakainya di sebelah kanan untuk menarik lebih banyak perhatian pada gaya mereka.

Sekiranya anda menggunakan jam tangan, anda perlu memakainya sesuai dengan kemudahan anda. Orang biasanya memakainya pada tangan yang tidak dominan. Namun perkara ini tiada sebarang peraturan yang khusus, tetapi ianya lebih kepada faktor praktikal, jadi ia sepenuhnya bergantung kepada diri kita sendiri.

BAGAIMANA PULA DARI SUDUT ISLAM ATAU SUNAH NABI?
Dari sudut pandangan Islam pula, umumnya para ulama berpendapat bahawa memakai jam tangan hukumnya dikiaskan kepada tatacara memakai cincin. Antara hadis yang menjadi rujukan para ulama ’dalam membincangkan perkara ini antaranya hadis riwayat Muslim yang bermaksud

“Cincin Nabi SAW di sini, Anas mengisyaratkan ke jari kelingking dari tangan kirinya.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin perak di tangan kanan beliau, mata cincinnya terbuat dari batu habasyah (Etiopia), beliau menjadikan mata cincinnya di bahagian telapak tangannya.” (HR. Muslim).

Perbezaan cara pemakaian cincin oleh Nabi SAW ini menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai syarat yang khusus boleh saja ditangan kanan atau kiri, tidak ada sisi keafdhalan satu dari yang lain

Namun mengikuti pendapat Ibnu Hajar ini, keutamaan memakai jam tangan dikanan atau dikiri dilihat dari motivasi kepada pemakainya. Bila memakai jam tangan lebih kepada tujuan berfesyen, kanan lebih utama. Sedangkan bila untuk mengambil manfaatnya iaitu untuk mengetahui waktu, maka kiri lebih utama.
Saya sendiri lebih selesa memakai jam di tangan kiri. Anda pula bagaimana ya?

Wawa Idris merupakan seorang perunding imej selebriti bertauliah yang banyak mengendalikan program pemantapan imej bersama sektor swasta serta Kerajaan. Puan Wawa Idris juga sering mendapat jemputan di syarikat media seperti TV, radio dan akhbar untuk berkongsi kepakaran.

admin

Author admin

More posts by admin

Leave a Reply