Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja saya dan suami amat flexible, malah ofis pun hanya 5 minit dari rumah.

Tapi saya masih menggaji pembantu rumah walaupun kadang-kadang terpifikir, membazir saja duit beribu ringgit, lebih baik simpan. Keluarga bukan besar pun. Namun saya tetap mengambil orang gaji,

Bagi saya, tidak salah untuk saya berikan kerja mencuci pinggan mangkuk, sapu sampah atau melipat kain kepada orang lain. Maka masa yang saya ada, saya boleh berihat, lebih bekerja atau luangkan masa yang lebih berkualiti dengan kelurga.

Bukan saya pandang rendah kerja-kerja cuci pinggan dan sebagainya,
Bukan bermakna bila wanita itu kurang buat kerja rumah, mereka ini dikira perempuan yang teruk, tak bertanggungjawab.

Walaupun wanita adalah ciptaan Allah yang pandai multi tasking, mampu buat banyak benda dalam satu masa, tetapi kita ada energy yang terbatas. Bila kita penat, kita mudah stress dan bila stress anak dan suami jadi mangsa kepala angin kita.

Bila bab memasak, memang saya latih pembantu rumah belajar resepi saya. Ada kalanya saya suka masak sendiri. Makanan favourite suami, selalunya saya sahaja akan sediakan. Sebagai contoh, memang saya sahaja yang akan sediakan teh untuk suami kerana dia sangat cerewet dengan nisbah teh dan susu. Jika lain rasa, memang suami tak nak minum. Waktu weekend saya suka masak, dan pembantu akan membantu sediakan bahan-bahan.

13 tahun saya mempunyai pembantu rumah dan alhamdulillah tak pernah ada pembantu yang lari. Mungkin kerana cara saya saya melayan mereka. Jadi, jika anda mempunyai wang lebih, tidak salah untuk ambil pembantu rumah. Jangan kata sayang duit. Bayangkan jika anda gunakan masa yang anda ada untuk berniaga dan ini akan menggandakan duit dan ekonomi keluarga. Ini dinamakan LEVERAGE, dimana kita menggunakan sumber tenaga atau kepakaran orang lain untuk membantu kita buat sesuatu yang lebih baik.

Dalam penulisan saya ini, saya tak mahu sentuh tentang risiko mengambil pembantu rumah. Ya , apa yang anda fikirkan, semuanya betul tentang keburukan maid. Bagi saya, semua benda ada risiko, maka kita perlu ada ilmu untuk mengurangkan risiko tersebut dan selebihnya berserah kepada Allah. Dan saya berasa puas setiap kali saya memberi gaji kepada mereka, kita berkongsi rezeki dan dapat bantu keluraga mereka. Kebanyakan mereka ni adalah orang susah, kalau senang, takkan nak jadi pembantu kan?

Ada sahabat saya kononnya tak nak bazirkan duit ambil pembantu, akhirnya tak menang tangan. Nak kena ambil anak, apabila sibuk masak di dapur, anak buat sepah di depan, apabila kemas depan, anak sepah kat atas. Bila suami balik rumah bersepah, dia tak sempat nak mandi dan badan masih berbau.

Bayangkan bila kita balik , rumah dah siap berkemas, bilik tidur dah tersusun rapi, wangi, bilik air bersih, tong samah kosong bersih. Kalau masa cuti, selepas Subuh boleh lepak dengan suami, bermesra-mesra, tak gopoh nak buat breakfast. Bak kata sahabat saya, “daripada kita habiskan masa gentel kain baju, lebih baik gentel laki kita “

Nasihat saya ini sesuai untuk keluarga yang mampu menggaji pembantu rumah. Tapi saya faham tak semua orang selesa jika ada ‘orang luar’ yang tinggal bersama mereka. Apa pun saya respect wanita yang boleh urus kerjaya dan rumahtangga tanpa pembantu rumah. Ya kita dapat banyak pahala dengan buat kerja rumah, tapi tak semestinya yang tak buat kerja rumah kurang pahala. Gentel suami dan lakukan hobi kegemaran pun dapat pahalakan. Wanita adalah insan hebat, walau bagaimana sukar pun hidup, mereka pandai mencari penyelesaian, asalkan keluarga terjaga.

Wawa idris
i n s p i r a s i

Jemput ikuti telegram channel wawaidris untuk TIPS SULIT WANITA

Wawa Idris

Author Wawa Idris

More posts by Wawa Idris

Leave a Reply