Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya Wawa Idris
Wow Attitude Wow Attire
Perunding Imej anda.
Apa khabar? Saya percaya anda WOW hari ini.
Ini bukan opening Rancangan Nona tetapi itulah dia opening script bagi video ulung patik dipanggil "Analisa Warna".
Ilham untuk menghasilkan video ini datang sewaktu patik berada di dalam pesawat ke Singapura. Betapa anggun dan berkesannya Pramugari di dalam video yang ditayangkan menyampaikan taklimat keselamatan.
Lantas setibanya patik di Kota Singa terus menghubungi beberapa orang sahabat untuk berkolaborasi menghasilkan sebuah video untuk tatapan penonton patik.
Alhamdulillah, berkat kolaborasi bersama Tuan Redhu Malek, photographer dan cinematographer muda yang begitu professional dan hardworking, suatu video empat episod telah disiapkan dalam masa 3 jam shooting sahaja. Patik pun berkata sesedap rasa hingga kadang-kadang terlepas koma dan noktah.
Syabas dan jutaan terima kaseh Tuan Redhu. Almaklumlah, beliau terpaksa melayan karenah patik yang bukannya seorang pengacara atau penyampai professional ni. Sudah terbiasa di dalam kelas syarahan patik yang banyak pergerakan tangan dan body movements sehingga terbawa-bawa dalam rakaman. InsyaAllah dengan tunjuk ajar beliau, akan datang patik lebih poised ala-ala pengacara Rancangan Nona :-) Untuk mendapatkan khidmat cemerlang Tuan Redhu, sila layari www.redhumalek.com. Terima ksih juga kepada Uncle Kay (Kawaras Yahaya) atas bantuan beliau.
Untuk episod pertama ini, suara patik still okay, nantikan di episode akan datang suara patik dah mula serak-serak basah , ala-ala Farah Fauzana :-)
Behind the scene
Apapun, niat patik hanyalah untuk berkongsi dengan penonton dan pembaca sekalian ilmu yang patik miliki ini. Kepada yang mahu berinteraksi secara live bersama patik, temui patik di Bengkel Warna & Pesona pada 20hb September (Sabtu) dan tempat bakal dimaklumkan. Pendaftaran +60193830717.
Selamat menonton, see you in the next video and till next posting.
Analisa Warna - Episod 1
https://www.youtube.com/watch?v=bc4ajBrRcEQ
P/s : Jangan lupa suka (like) dan subscribe video patik
Recent Posts
Recent Posts
- PURDAH DAN HANTU KUM KUM October 18, 2020
- TEGURAN UNTUK WANITA BADAN BERBAU September 22, 2020
- Nak pakai jam di tangan kanan atau kiri? March 8, 2020
- ATURAN JENIS PAKAIAN UNTUK PROSES DETOX ALMARI December 4, 2019
- PROJEK DETOX ALMARI SETIAP JUMAAT November 19, 2019