Asssalamualaikum..
Selamat tahun baru kepada followers patik walaupun telah berada di pertengahan bulan. Untuk tahun baru ini patik mempunyai beberapa azam yang patik harap dapat tunaikan dalam masa setahun. Seperti tahun tahun sebelumnya, setiap individu mesti menanam azam ketika hendak menyambut tahun baru. Cuba kita fikir balik, berapa azam kita yang tercapai dan berapa pula azam yang dah jadi angan-angan.
Disini patik beri sedikit tips bagaimana nak capai setiap azam supaya tak jadi angan-angan macam tahun tahun sebelumnya:
- Papan visi
Azam yang anda lihat setiap hari mempunyai potensi besar untuk dicapai. Elakkan menulis azam anda di dalam smartphone kerana hari berganti hari anda akan mengabaikan dan terlupa dengan azam tahun baru anda. Kalau boleh buatlah satu papan visi, tampal di tempat tempat yang selalu anda kujungi contohnya di pejabat, bilik tidur dan sebagainya. Hiaslah dengan se-kretif yang mungkin untuk anda berasa teruja ketika melihat azam anda! Kepada yang berazam hendak kurus, apa kata anda tampalkan koleksi pakaian atau gambar tubuh selebriti yang menjadi idaman anda sekiranya anda kurus nanti.
Ha.. di dalam ini adalah dream board yang telah dibuat oleh pelajar patik. Semoga azam mereka tercapai, InsyaAllah..
. Kongsi dengan kenalan rapat
Percaya atau tidak, ini adalah salah satu teknik yang berkesan untuk kita mencapai sesuatu azam. Secara tidak langsung rakan kita dapat mengingatkan dan menolong kita untuk mencapat azam tersebut. Anda pasti terkejut dengan sokongan yang diberi oleh rakan rakan anda. Pastikan anda berkongsi dengan rakan rakan yang sentiasa berfikiran positif supaya mereka dapat mendorong kita untuk mencapai azam tahun baru kita! Jika hendak kurus, jangan kongsikan dengan mereka yang suka makan ya dan tak suka berdiet ya..
- Kategorikan setiap azam
Memang ramai yang pasang azam tapi tak kesampaian. Ini kerana azam yang kita imipikan itu terlalu besar untuk kita. Cuba kategorikan azam supaya kelihatan kecil dan mudah untuk dicapai. Sebagai contoh apabila kita ingin menabung untuk tahun 2016, cuba kelaskan setiap tabung itu dengan kategori masing masing dan cuba lakukan secara berperingkat (Contoh: Tabung kereta/tabung rumah/tabung bercuti). Mulakan tabung yang paling penting untuk beberapa bulan pertama dan diikuti dengan tabung kedua dan seterusnya. Cara ini anda akan rasa seronok untuk menabung, jangan lupa juga untuk menghias tabung supaya nampak menarik.
Contoh tabung azam – Sumber: Google Image
- Tetapkan masa
Antara tips paling penting adalah tetapkan masa untuk setiap azam. Apabila kita menetapkan masa untuk tiap tiap azam, kita akan lebih terdorong untuk mencapai sesuatu azam supaya tidak berasa menyesal kerana tidak memenuhi azam tersebut. Sebagai contoh, jika anda mahu mengurangkan berat badan sebanyak 3KG, tetapkan masa selama 2 bulan untuk mencapai azam itu. Dengan cara ini anda akan lebih berusaha untuk mencapai azam supaya anda berasa bangga dan puas hati dengan diri sendiri!
. Reward Yourself
Patik cadangkan agar raikan setiap kemenangan walau sekecil mana pun. Sebagai contoh, jika anda telah berjaya menurunkan 3kg, mungkin anda boleh meraikan dengan pergi menonton wayang atau beli sehelai tudung yang menjadi kesukaan anda. Jangan pula raikan dengan makan 2 bungkus nasi lemak pulak ye 🙂
Selamat berazam!
Wawa Idris; si Perunding Imej
10 comments
I sokong dan setuju dgn tips2 diatas.. Walaupun azam dan masih lg belum tertulis didlm board tapi masih kekal diminda tapi sampai bila nk perah minda yg 24/7 digunakan.tapi untuk azam tahun ni i akan belajar untuk menulis walaupun i ni x suka menulis.(itu pun sudah dikira azam 😉 ..betul x?
Saya akan cuba untuk mengubah untuk menjadikan ia sebagai reality.. 🙂 🙂
Terima kasih daun keladi esok tolong share lagi yea wawa idris…
XoXo 🙂
Bersemangat sungguh cik Anne. Ok show me once your done okay..
Definitely so sure will do once i done u org pertama akan tgk… 😉
mestilah i rasa berSemangat dpt tips dari u wawa idris.. 😉
XoXo ?
Bersemangat cik Anne. Ok show me once your done..
Tqsm for the tips!
sama-sama sis..
Terima kasih cikgu wawa yg banyak membantu dr Zero to Hero….alhamdulillah dari org yg xsuke menulis berjaya juga membuat dreamboard…apapun setiap kata n tulisan adalah azam n harapan untuk saya suami isteri..apepun terima kasih diatas tips2 yg sgt berguna diatas…Dengar pantun patik ye….??
Dreamboard sudah patik lakukan,
Menjadi permulaan setiap azam,
Wawa idris sentiasa beri sokongan,
Setiap impian penuh iltizam…??
Can’t wait for ur next posting WAWA IDRIS…??
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya cikgu suka mengajar
Takkan jemu tunjuk jalan
Good luck to lovely couple
Ilmu yg ada perlu dikongsi,
Jadi penyuluh di masa depan,
Suka dan duka sama ditempuhi,
Bersama kita meniti kejayaan…
Muaaahhh to u Cikgu KAJOL…???
Janam Janam.. Pandai dia berpantun..