Assalamualaikum semua..

Patik tahu, ramai wanita dan juga lelaki di luar sana yang mahu kelihatan segak dan bergaya. Namun untuk kelihatan well-groomed memerlukan kebikaksanaan dalam berpakaian. Hari ini patik kongsikan teknik pemakaian mengikut kategori tubuh anda.

Jenis tubuh badan terbahagi kepada empat iaitu (i) sederhana, (ii) tinggi dan kurus, (iii) rendah dan (iv) besar. Selalunya jenis tubuh badan yang sederhana tidak mempunyai begitu banyak masalah untuk menggayakan pakaian. Jadi mari kita lihat satu persatu.

1. Tinggi dan kurus

Lelaki atau wanita yang mempunyai bentuk tubuh badan seperti ini boleh untuk memakai warna-warna terang kerana ianya memberi contrast untuk menampakkan anda sedikit besar. Pilih saiz yang mengikut saiz tubuh anda dan dari segi corak elakkan pakaian bercorak menegak untuk mengelakkan anda kelihatan tidak seimbang bagi yang terlalu kurus dan tinggi.

Tubuh sebegini bebas menggayakan corak melintang atau kotak. Pratikkan teknik layering (boleh lihat tips di Instagram patik: @wawaidris_imejpatik) seperti memakai jaket, sweater atau cardigan untuk kelihatan lebih tegap (sado).

Sahabat patik yang lebih dikenali dengan Yusof YSF ini bertubuh tinggi lampai dan kurus memang agak dramatic orangnya.  Segak dalam pakaian formal dan sempoi dalam pakaian kasual.  Keleksi suits dan jaket yang menarik. Boleh rujuk Facebook atau instagram beiau. Tahniah Yusof kerana beliau baru sahaja berjaya melancarkan produk untuk selebriti Nad Zainal.

Teknik layering oleh Actor, Nazim Othman - Seorang yang bertubuh tinggi dan kurus.

Teknik layering oleh Actor, Nazim Othman – Seorang yang bertubuh tinggi dan kurus.

Padanan persalinan tanpa efek jalur lebih sesuai

Padanan persalinan tanpa efek jalur menegak lebih sesuai

2. Rendah

Untuk yang rendah, cuba bermain dengan warna warna gelap atau anologous untuk mengurangkan contrast pada diri anda. Penggayaan warna analogous iaitu kombinasi warna harmoni buatkan anda lebih tinggi. Berbanding dengan pakaian yang mempunyai contrast yang tinggi (seperti merah dah putih) padanan ini memberi efek lebar. Potongan seluar juga jangan biarkan “berombak ombak” atau terlebih panjang dihujung seluar kerana ini membuatkan anda nampak rendah.

Elakkan memakai pakaian yang tidak mengikut size dan cari lah pakaian yang “trim fit”. Pakaian bercorak jalur membantu anda untuk nampak tinggi. V-neck shirt adalah yang paling sesuai untuk menampakkan anda tinggi dan gunakan kasut yang mempunyai sedikit bertumit tidak kira untuk lelaki atau wanita.

Antara sahabat patik yang bijak memilih pakaian adalah Pak Indra Wiguna dari seberang Indonesia, beliau adalah juga adalah speaker yang namanya sedang meningkat naik di Malaysia.  Boleh follow FaceBook beliau.

Sahabat patik Indra Gunawan yang bijak memilih pakaian

Indra Wiguna yang mempunyai gaya tersendiri

Contoh kombinasi warna analog

Contoh kombinasi warna analog

3. Besar

Untuk yang berbadan besar, ketika berpakaian gunakan warna gelap atau padanan warna-warna monochromatic (warna yang mempunyai tona yang sama). Tidak semestinya anda tidak boleh memakai warna warna lain.

Untuk corak dan aksesori pula, elakkan memakai corak yang besar/bulat/melintang untuk mengelakkan anda nampak besar dari size sebenar. Gayakan pakaian mengikut size anda dan jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Untuk wanita, cari lah material blouse chiffon supaya blouse tersebut terletak pada tubuh dan memberi kesan flowy kepada tubuh anda.

Patik perkenalkan seorang sahabat sekolah patik yang dahulunya full size, dan sekarang telah pun menjadi zumba instructor.  Memang Tizihan bijak dengan padanan pakaian dan gaya tudung serta solekan yang sesuai dengan bentuk badan dan majis.  Boleh ikuti geliau di FaceBook Tee Zhee Han Abdullah atau Intagram beliau tizhee

Harith Iskander, seorang selebriti yang bertubuh agak besar namun selalu tampak kemas dan bergaya

Harith Iskander, seorang selebriti yang bertubuh agak besar namun selalu tampak kemas dan bergaya.

Sahabat patik Tizihan Abdullah yang sentiasa anggun dan stailo dalam penampilan

Tizihan Abdullah yang sentiasa anggun dan stailo dalam penampilan

 

Jadi, dengan sedikit tips ini, patik harap patik dapat membantu pembaca diluar sana untuk bergaya dengan lebih yakin dan pandai untuk mencari gaya yang sesuai dari segi pakaian, corak dan warna. Selamat mencuba!

 

Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Professional Branding . Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau adalah membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika professional, komunikasi serta khidmat pelanggan.   Berminat untuk berkolaborasi, sila hubungi 019 3830717.

 

Please follow and like us:
error
imaanwebmaster

Author imaanwebmaster

More posts by imaanwebmaster

Join the discussion 7 Comments

  • Sohoque says:

    Nice info… Tapi wife dah boring i selalu pakai wrna gelap

  • Yusof Ysf says:

    Eh! macam kenal la yg baju munga2 tu.. haha

  • Ida Nirwana says:

    Tips yg sgt bagus untuk di praktikkan…dgarkan pantun patik ye…

    Sutera dipakai oleh cik babe,
    Nampak bergaya dipagi raya,
    Bila cik wawa seorang blogger,
    Banyaknya info dikongsi bersama… ?

    Tq CIKGU WAWA IDRIS….
    Can’t wait for ur next posting…???

  • hazman says:

    CUKUP-CUKUPLAH PANGGIL AKU SI PENDEK-
    ========================
    Orang yang dah tinggi memang la tak rasa apa yang kami rasa..
    .apatah lagi yang selalu mengejek dan menggelar orang pendek macam aku ni dengan gelaran “katik”,”bantut”,”ketot” dan macam-macam lagilah..ini sememangnya memberi tekanan emosi dan perasaan..tahap keyakinan diri menjadi rendah dan malu berhadapan dengan orang ramai..

    Betul..ini semua urusan Yang Maha Esa tapi kalau lah ada jalan agar aku boleh tampil lebih yakin dan tidak lagi jadi bahan lawak rakan-rakan apa salah nya mencuba..asalkan halal,selamat dan berkesan.

    Sampai lah rakan kenalkan produk Tiens yang sememangnya sudah meletop di Indonesia, Pakistan,India,China,Uk dan serata dunia.Alhamdulillah kurang seminggu tinggiku naik sejengkal..seluar pun dah nampak senteng..

    Produk Tiens sudah sejak 1995 di 200 buah negara, kebaikan kalsium nya sangat tersohor hingga di gelar ‘Kalsium ajalb dunia’ sehingga dapat menyembuhkan masalah tulang malah meninggikan badann..Luar biasa

    Jangan risau ia di iktiraf Halal dan selamat..ratusan testimoni berjaya kami di album malah anda boleh search sahaja info Tiens di internet.
    Apa tunggu lagi..whatsapp sekarang..dengarnya ada promosi untuk 50 pertama.

    whatsapp ke 019-9671725

Leave a Reply

About Salient

The Castle
Unit 345
2500 Castle Dr
Manhattan, NY

T: +216 (0)40 3629 4753
E: hello@themenectar.com

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial