Pada Oktober yang lalu, The Face Shop Malaysia berbesar hati menganjurkan satu program patik bersama followers yang ditaja oleh pihak mereka. Maka program itu dijalankan dengan sukses pada 4 Disember 2016. Bukan main seronok semua followers dapat info yang menarik dengan percuma.
Aktiviti di mulakan dengan perkongsian daripada patik yang bertajuk “Winning Personality”. Kesemua peserta khusyuk mendengar patik berkongsi ilmu selama satu jam setengah.
The Face Shop turut turun padang dalam perkongsian ilmu, dimana salah seorang make-up artist mereka memberi tips dalam cara-cara apply make-up mata. Kemudian, peserta diberi peluang untuk bersolek dengan menggunakan barangan The Face Shop.
Setelah selesai semua aktiviti solekan, peserta dibawa turun ke café untuk sesi lunch bersama Wawa Idris. Sesi makan sambal bertukar pendapat dan juga sesi mengambil gambar.
Akhir sekali, patik ingin berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu The Face Shop Malaysia, kerana sudi memberi sponsor untuk “Beauty Workshop” ini. Terima kasih juga kepada semua yang meluangkan masa hujung minggu anda untuk menyertai bengkel ini.
Peserta pulang dengan goodies bag dari The Face Shop.