Assalam dari patik..

Haaa, menarik topik patik kali ini kan. Baru-baru ini patik mendapat undangan oleh satu majalah di bawah Kumpulan Media Karangkraft iaitu Majalah Rapi ke satu program bersama para guru di Bandar diRaja, Klang Selangor. Terima kasih kepada Editor nya yang sentiasa comel Cik Puan Zuraita Mohd Anua yang sudi menjemput patik berkolaborasi.

IMG20150917164208

Editor Majalah Rapi; Zuraita Mohd Anua

Pada hari itu patik mengenakan blause dan celana ringkas berwarna navy blue koleksi LANA.KL. Koleksi busana yang anggun, jika tak percaya boleh lihat di http://www.lanakl.com/

Keseluruhan tenaga Majalah Rapi

Keseluruhan tenaga Majalah Rapi

Perkongsian selama satu jam tersebut gamat dengan celoteh patik dan sambutan dari peserta yang kesemuanya wanita sporting and high energy.  Terdapat banyak juga soalan yang dilontarkan kepada patik, rata-rata nak tahu bagaimana teknik pemakaian untuk nampak lebih slim.

Yang menariknya, adalah seorang cik puan berumur sekitar 40-an ini angkat tangan dan berdiri. Maka mulalah beliau bercerita dengan penuh semangat.

“Puan Wawa, saya ada satu persoalan yang nak ditanya. Suami saya seorang yang berpenampilan, maklumlah kerja dengan PETRONAS.  Dia selalu kata badan saya ni dah macam tong drum. Suami suruh saya pakai baju tidur yang seksi kat rumah. Dia dah belikan baju yang bertali halus, tetapi masaalahnya puan, saya malu nak pakai atas faktor umur dan anak-anak pun dah besar.   Jadi apa pendapat puan Wawa?”

Aduhai, puan ni dah membuatkan dewan gamat ketika itu. Saya menahan gelak di atas pentas. Ha, jadi apa pendapat para pembaca semua?. Maka sambil melontarkan senyuman yang manis patik pun berbicara:-

“Puan seorang yang bertuah kerana mempunyai suami yang sayangkan puan, yang berani menegur puan untuk kebaikan perhubungan.  Kerana terdapat para suami yang hanya buat-buat tak kisah tetapi dalam diam mengintai wanita lain diluar.  Saya cadangkan puan terima teguran suami puan dengan hati terbuka dan minda yang positif.  Cuma satu tips dari saya, jangan pakai baju tidur seksi tu setiap malam, mungkin pakai hanya 2 kali seminggu untuk mengekalkan parasan keterujaan suami puan.  Maklumlah lelaki ni kadang-kadang boleh bosan juga, jadi pelbagaikanlah koleksi baju dan aksi” 🙂

Gamatlah dewan dengan tepukan dan gelak tawa dari hadirin.  Dari pemerhatian patik, puan tersebut tak adalah sebesar mana pun, mungkin beliau mendapat suami yang suka cakap lepas dan bergurau.  Nasib baik dia sporting, jika patiklah yang kena, tersentap lah juga seketika, mahu merajuk sebulan 🙂

IMG20150917163837

Selesai perkongsian, peserta meneruskan acara zumba, dan patik terus pulang.  Itulah cerita ringkas dari patik yang mungkin bermanfaat kepada para pembaca budiman. (Featured image is from google)

Jumpa lagi, till the next posting.

#WawaIdris

#PerundingImejProfesional

Please follow and like us:
error
Wawa Idris

Author Wawa Idris

More posts by Wawa Idris

Join the discussion 1,323 Comments