Assalamualaikum ..

Pada hari sabtu yang lepas, patik bangun seawal 5 pagi.  Diwaktu ramai yang menyambung tidur selepas solat subuh, patik memandu ke RTM Angkasapuri bagi sesi temubual di program Selamat Pagi Malaysia dengan topik Stail Penentu Imej.

Patik tiba di RTM sekitar pukul 7 pagi dan terus sahajalah menuju ke bilik solekan.  Patik dah make-up pun dari rumah, tapi kebiasaannya patik akan di touch-up juga oleh make-up artist sebelum bersiaran. 

Setibanya patik di muka pintu, patik disapa oleh seseorang, Nampak gayanya seperti make-up artist. Dia terus datang ke arah patik dan bertanya “Hai.. you nak touch up ye, meh ikut saya ke bilik sebelah” (ditariknya lembut lengan patik)  Patik akur dan terus duduk di kerusi.

IMG20150919071806

Apa yang patik tertarik dengan jurusolek ni, beliau sangat peramah dan berbudi bahasa, ada sahaja yang dibualkannya, memang kenalah dengan patik yang suka bercerita ni.

Dia tak lokek, kebetulan patik tak sempat nak pakai bulu mata (false eye lashes) di rumah.  “Nanti I carikkan untuk you” Terus dicarikan dan dipakaikan di mata patik.  Padahal patik ni bukan host pun, hanya slot 15 minit bersiaran, jadi tak perlu beria pun sebenarnya.  Hai.. baik betul, dia ni.

IMG20150919073655

Bila disiasat rupanya jurusolek ini bukan calang-calang orangnya.  Dia juga adalah juru make-up favorite seorang VVIP. Tak lama lagi beliau akan ke Milan mengikuti seorang VVIP.  Nak tahu siapa, kita nantikan siapakah VVIP Malaysia yang akan ke Milan nanti ya.

IMG20150919080003

Patik memang suka dengan solekan beliau.  Hari ini patik hubungi beliau untuk book beliau untuk event patik akan datang, owhh rupanya dia di London.  Dia adalah Romzi Muchi..

Presentation6

Apa pun, saya puji sikap mereka yang profesional.  Selalunya jika ke RTM, mereka memang beri servis terbaik.  Well done RTM !

Patik ada juga terima komen daripada rakan-rakan yang berdepan dengan segelintir  mereka di belakang tabir  yang tidak professional.

Ramai orang yang komen make up pengacara atau pemberita RTM ni kureng jika dibandingkan dengan stesen TV yang lain.  Pada saya, sebenarnya penyampai mereka sama  cantik seperti stesen TV yang lain juga, mungkin faktor pencahayaan di studio serta aspek teknikal yang lain yang kurang menampakkan kejelitaan mereka yang maksima.

Alhamdulillah setakat ini hampir semua jurusolek yang patik pernah berurusan di semua stesen TV memberi kerjasama yang baik.  Patik sendiri suka berkawan dan menegur semua orang walaupun pak guard dan akak cleaner 🙂

Till next posting..

 

 

 

 

Please follow and like us:
error
Wawa Idris

Author Wawa Idris

More posts by Wawa Idris

Join the discussion 1,433 Comments